Tujuan Penubuhan AkademiMuslim
Last Updated on Wednesday, 27 May 2009 14:02 Written by Administrator Wednesday, 27 May 2009 00:00
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat satu perbincangan hangat tentang dunia internet yang semakin menampakkan kesan-kesan negatifnya.
Kalau dari segi kekeluargaan, ibu bapa risau anak-anak mereka akan melayari website lucah. Terus sahaja dilarang anaknya menggunakan internet. Kalau dari bidang keagamaan, sebilangan besar risau apabila muncul beberapa website agama lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam website mereka. Lantas menghentam tapi tiada apa-apa tindakan lain dibuat.
Bila ada masalah, caranya adalah 'hapuskan' perkara yang membuat masalah tersebut. Bila ditekan, caranya 'hapuskan' perkara yang membuat tekanan itu. Sekadar bertindak hendak menghapuskan tetapi tiada tindakan dalam mempertingkatkan mutu dakwah sendiri.
Kehadiran AkademiMuslim ini bertujuan untuk menjadi sebuah website yang informatif. Sarat dengan ilmu-ilmu kekeluargaan, perhubungan, kewangan dan lain-lain. Dan kesemua bahan bacaan yang ada dalam AkademiMuslim akan digarap dengan mesej-mesej dakwah.

Team AM


